PROTON


PROTON SAGA


  Seperti persona, Saga  juga boleh didapati dalam beberapa variasi iaitu talian kemasukan, asas dan sederhana.

Dengan reka bentuk yang bagus, harga yang baik tidak hairanlah, model ini boleh menangkap lebih daripada 6,000 tempahan sebelum pelancaran rasmi








 
Dengan reka bentuk yang bagus, harga yang baik tidak hairanlah, model ini boleh menangkap lebih daripada 6,000 tempahan sebelum pelancaran rasmi.
Hanya tuan punya kereta tau kepuasan menggunakan kenderaan ini.

Mengikut harga pasaran 2010
Harga: 
Proton saga 1.3 AT RM33 500.00
Proton saga 1.3 MT RM31 000.00









 PROTON PESONA

Menggunakan enjin campro 1.6 jenis manual amat menjimatkan minyak…keadaan sangat stabil bila memecut laju di jalan raya sebab bodynya sedikit berat dan nampak sedikkit gah berbanding dengan kereta proton yang lain.
Peningkatan pada kualiti terutama dr segi keselesaan pemanduan dan kawalan.





 Ruang bonet belakang yang luas boleh memuatkan barang untuk satu family dan ruangan dalamannya pula sangat selesa…

Mengikut harga pasaran 2010
Harga: 
Proton pesona 1.6 A RM45 000.00
Proton pesona 1.6M RM 42 000.00






PROTON EXORA



Exora mempunyai ruang dalam yang luas dan lapang. Dalamnya terdapat tiga baris tempat dan setiap baris mempunyai ventilasi udara atau penyaman udara yang tersendiri. Sesuai untuk mereka yang mempunyai ramai ahli keluarga.Dari segaya, Proton Exora tidak kalah berbanding MPV yang lain.





Bentuk badannya cantik dan dapat menarik perhatian pengguna kereta yang lain. Selain itu, Exora juga mempunyai enjin 1.6 CPS yang boleh dikatakan berkuasa dan mampu membawa penumpang yang ramai.

Mengikut harga pasaran 2010
Harga: 
Proton Exora: RM60 000.00





PROTON ISPIRA

Proton Inspira varian 1.8 CVT ini menawarkan tempat duduk belakang dengan memberi keselesaan pada ruang kaki yang luas walaupun kehadiran tiga penumpang dewasa sekali gus mengurangkan lenguh dalam perjalanan jauh.

Selain itu, ruang simpanan barang yang luas boleh memuatkan banyak bagasi.
Material kain kombinasi dua warna gelap pada tempat duduknya masih memberi imej bergaya dan ia berbeza dengan model varian 2.0 P (Premium) yang dibaluti kulit.
Malah, prestasi enjinnya dengan gabungan transmisi CVT dan enjin 4B10 bersesaran 1.8 liter yang digunakan memberi kuasa mengagumkan untuk pemanduan dalam bandar atau meluncur laju ketika menyusuri lebuh raya.

Kombinasi kedua-dua itu turut mampu memberi lebih penjimatan dalam penggunaan bahan api.
Enjin dengan blok aluminium ini mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 138 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm manakala 177 Nm pada 4,250 rpm bagi torknya.
Tahap kebisingan rendah dan penukaran gear yang lancar, membuatkan penulis berasa selesa walaupun kereta sedang bergerak pada kelajuan 110 kilometer sejam (km/j). 






1 comment:

  1. Jesus, proton saga looks so great. Thinking about buying one to replace my proton x50 malaysia .

    ReplyDelete